Tuesday, July 11, 2006

Well well well


hey blog... long time no see...
well... it;s 2006 now... dan aku masih kat sini... cuma skang nih aku kena outstation kat Putrajaya. dah lebih kurang setengah tahun dah aku duk kat sana... aku pun sebenarnya tak tau nak tulis pe... just mengisi masa lapang kat opis aku nih...
oh yer... aritu aku gi annual dinner ProCC (ProtonClub.com). gambar nih antara geng2 aku kat melaka... dari kiri, Rehan, Huzaimi, aku, nizam ngan afizzie. dengan bertema kan 60'an. okeh la... nanti aku citer lagi.... maybe pasal keta aku plak...

Monday, January 31, 2005

Second Month of Year 2005

ari nih 31 aribulan Januari 2005. esok merupakan bulan baru dalam tahun 2005 nih. kira nya dah lama jugak la aku tak tulis apa2 kat blog nih. bukannya apa... cuma tak berkesempatan disebabkan oleh keje2 yang banyak kat opis nih. ditambah plak skang nih budak despacth opis aku nih berenti.. so ... aku kena la take over keje dia... disamping keje2 aku yang byk nih. smpi akak yang keje kat kontrak dept tu pun kata pipi aku dah susut skit... tapi aku tgk sama jer... ntah la...

lagipun komputer aku yang aku slalu guna tu dah sampai tempoh tamatnya. nasib baik dapat back-up keje2 aku dalam komputer tu. skang nih pun meja aku kena take over pasal bilik QS aku, air-cond dia rosak plak... panas la kat kontrak dept tu... so.. aku kena la beralih kat situ... nak buat camner... aku orang bawahan. muahahha...

life aku plak skang nih... kejap ok, kejap happy, kejap rasa lonely, kejap rasa tak tau nak buat pe... kenkadang tu.. aku pk nak cuti lama.. pastu nak duk kat pulau ker... resort yang bagus2 ker... kasi lapang fikiran aku nih... tapi bila difikirkan balik... sumer tu memerlukan wang yang byk. hehehe.. takpe la.. ada rezeki... dapat jugak aku pegi nanti. cuma ada satu hal lagi la yang merunsingkan aku... takkan aku nak pegi sana sorang2? bosan la... dah la masih single dan mencari... sampai aku sendiri pun dah tak tau apa yang aku cari. dulu macam dah jumpa... tapi rupanya.. blom lagi. aku harap tahun 2005 nih akan membawa lebih kebahagiaan dari tahun2 seblomnya. insya-Allah.

skang nih aku dah bawak skuter aku balik.. lama btul aku tak naik skuter... rasa best jer mencilok2 kereta kat trafik light. sampai ada skali tu... siap terlanggar side mirror kancil.. nasib baik la orang yang bawak kancil tu ok.. kalau tak.. sah2 aku kena marah. aku pun salah masa tu.. igtkan bole lepas... rerupanya tersangkut plak. kiranya... skill mencilok aku tak sampai tahap dewa lagi la. muahahaha... tapi dalam naik skuter aku tu... keta aku tu tak aku lupakan. siap basuh serta kilatkan skali tu... kira kalau letak kat tgh panas... berkilau2 jugak la.. hehehe...

tapi aritu... nasib baik aku tak langgar kereta.. nih sumer pasal tekanan kerja la nih.. meyebabkan aku ilang tumpuan dalam pemanduan skuter aku tu. bayangkan la... aku pkul 3 ada kat bank... pastu aku kena gi site amik gambar progress... time tu dah dekat 3.30 ptg.. pastu aku dapat call dari opis... aku kena antar surat kat PKNM. kira dalam 10-15 min perjalanan la... yang aku tensenkan... dari pagi bukan nak suruh aku pegi antar... dah nak petang2 baru suh aku antar... dah la dekat nak tutup plak tu... lagipun aku nak kena siapkan report bulanan aku ptg tu jgk.. perghh... dalam perjalanan pegi tu ok jer... cuma dalan perjalanan balik tu jer... hampir2 nak langgar keta dari blakang. nasib baik btul..

dah la tu.. dah byk dah nih aku citer... nanti karang takde citer plak...

Monday, December 06, 2004

...

hey blog...
weekend lepas adalah weekend yang dikatakan sibuk. well.. not for me.. but to my other friends. kenapa? sebab.. 4 of them got married last weekend. but i only manage to attend my officemate wedding. kenapa satu dari empat? pasal dia yang paling dekat. tu pun sampai btul2 time diorang tgh berarak. kira lepas makan tu... dapat la berbual ngan kawan aku tu kat meja santapan raja sehari. hehehehe.. yang tiga lagi aku tak dapat nak hadir.. satu pasal majlis antara satu sama lain.. jauh. satu kat Putrajaya, satu lagi kat Sungai Besi dan satu lagi kat Kratong. two of them is my friends back in UITM Jengka. the other one is my schoolmate back in Sek. Teknik Tuanku Ja'afar. aku harap diorang bahagia ngan pasangan masing2. walaupun aku tak dapat menghadirkan diri... tapi.. doa untuk kebahagian diorang.. tidak aku lupakan.

well... i wish them to cherish each other till the end of time. may they have a bunch of kids and live happily ever after. Insya-Allah.

Thursday, December 02, 2004

Life Goes On

semalam macam nak gila buat keje. bayangkan... 3 keje kena buat dalam satu masa. mana nak buat report lagi, nak buat list untuk company profile lagi, mana nak siapkan work programme lagi.. macam nak pecah kepala semalam. dah la QS ngan assist dia takde... aku plak amik alih keje diorang. yang diorang tau... report nak kena siap.. pasal ari nih ada meeting kat site. yang lain kat opis bole tgk jer... pasal pe? pasal aku sorang jer yang tau nak buat camner. mintak tolong diorang pun... mintak yang simple2 jer. tu pun nasib baik diorang tolong. kalau tak.. tak tau la...

ari nih ada satu mamat nih marah2 aku dalam YM. ingatkan sapa.. rerupanya.. boyfren member aku. apa yang dia ingat aku nak buat.. aku tak tau la. aku ngan member aku nih skoolmate... ermm.. ntah la... dah dua kali dah aku kena macam nih. berkawan ngan orang yang dah bercouple. susah jugak. maca yang dulu tu... siap kena sound lagi. jangan berhubung la... jangan jumpa la... nak misscall pun takleh. pergh... aku tak kisah pun... pasal aku tak nak jadi penyebab kalau diorang break ke hapa. tapi ada jugak member aku ngan couple dia yang ok ngan aku. takde masalah pun. aku tau limitkan had aku sebagai kawan. tapi.. macam-macam orang... macam-macam la ragamnya. dan ini la yang mengajar aku tentang manusia dan dunia nih. yang ternyata mmg macam2 perangainya.

ari nih bosan giler... ramai mmg ramai member yang online kat YM... tapi macam takde idea plak nak borak pasal apa. karang tegur skit pastu senyap.. tak best langsung.

bulan nih cukup byk aktiviti nak buat time2 weekend. macam minggu nih.. 4hb ada member aku buat open house. 5hb plak opismate aku kawin. pastu 11hb.. dormmate aku kawin. siap tepon pasal nak ajak ke umah. kalau pengantin sendiri dah ajak.. kena la pegi. then the next week maybe nak buat family trip ke umah pak ngah aku kat kedah. then 25hb sorang lagi opismate aku kawin. tu sumer nak kena pegi tu. yela... nanti time aku plak... takde plak yang datang. hehehe... tapi time aku tu tak tau lagi la biler.. tunggu jer la kad jemputan. then.. rasanya 31 nak gi KL.. tengok orang sambut new year. selama nih tgk kat tv jer. nak jugak rasa live experience tgk orang sambut new year nih camner. hehehe.

baru tadi aku dapat tau... member satu batch aku nak kawin jugak 5hb nih.tapi tak dapat pun jemputan dia. takpe la.. maybe dia sibuk menguruskan hal2 yang berkaitan nga majlis dia. apa yang bole aku buat... doakan kebahagiaan dia. kebahagiaan aku? asalkan kengkawan bahagia... aku pun tumpang sama. nak jugak cari kebahagiaan untuk aku.. tapi sampai la nih.. tak jumpa2 jugak. tapi aku tau... jodoh, rezeki, pertemuan, perpisahan, maut, ajal sumer di tangan Allah. aku tetap berusaha untuk mencari dan di akhir pencarian aku tu.. aku bertawakkal kepada-Nya. insya-Allah.. akan ada yang sesuai ngan aku nih. yang bole terima aku seadanya. dan aku insya-Allah bole terima seadanya. hehehe...

ntah la.. kalau nak pk2kan hal nih.. sampai bebila pun tak abih.. kesimpulannya... aku stop kat sini dulu la ... heheh

Monday, November 22, 2004

Brand New Day, Brand New Month, Same Old Year

hya blog... it's been quite a while since my last post in here. well.. as we all know.. that's the time when we are really busy. busy doing what? busy doing what ever u are busy with. some are busy shopping... some are busy to complete the work that they had to finish it before balik kampung for Hari Raya. and some are just trying to be busy doing nothing. hehehe...

well... dekat seminggu jugak aku cuti untuk Raya nih... start dari sabtu sebelum raya ... sampai la ari nih... mintak cuti cuma 4 hari jer... tapi dapat cuti sampai 9 ari...heheheh... skang nih dah bijak buat planning cuti... heheheh...

sehari sebelum raya tu... mmg sibuk btul aku.. ngan gi pasar ngan mak aku lagi... kena ketatkan daun ketupat, tolong kat dapur, kluarkan pinggan mangkuk, kluarkan cawan, gelas, dengan tah apa2 lagi ntah. nasib baik dapat bertahan puasa aku. heheh... tapi bila sampai time berbuka... aku rasa macam sedih nak tinggalkan Ramadhan. maybe sebab umur pun dah banyak... dan fikiran pun dah luas... ntah la..

1st Raya... macam tahun2 lepas... sumer staf2 mak aku datang. jenuh jugak nak melayan. yela.. kalau satu keta jer takde hal. tapi yang datangnya... 6-7 bijik keta. tapi tahun nih kira nasib baik la jugak... pasal diorang datang berperingkat-peringkat. takde la letih sangat. ditambah plak mak aku masak rendang yang diorang suka. mmg tahun2 mendatang nih mmg akan ramai la staf2 mak aku tetap akan datang. tapi takpe... sesambil tu.. bole gak cuci mata. hehehe... pasal yang datang tu... yang amoi lagi ramai dari yang dah kawin. hehehehe... yang dah kawin pun macam amoi jugak. hehehe.. mlm tu aku balik kampung belah ayah aku kat Banting. dalam perjalanan tu.. terserempak ngan kecelakaan jalan raya yang mengakibatkan kancil terputus dua tu. tapi masa aku lalu kat situ... tow truck tgh angkut keta2 yang terbabit tu. mmg teruk keta kancil tu... lagipun jalan kat situ mmg licin... pasal ujan dari petang. lagi plak selekoh. kalau tak btul2... mmg bole jadi accident.

2nd day Raya, lepak je kat umah nenek aku tu. sambil melayan pakcik aku dari seremban. hehhe... mmg seronok dapat kumpul2 camtu. macam aku nih kurang la skit dapat kumpul2 camtu. pasal aku nih 2 beradik jer. tapi tu pun dah cukup nak menggamatkan suasana kat umah tu.

Raya kelima ari tu... memula bebudak aku nak buat konvoi katanya. kira nak cover melaka ngan johor. last2 tak jadi. so.. aku amik keputusan... buat konvoi solo jer. gi umah memember kat melaka nih. pastu aku ajak skali member aku nih beraya kat umah bebudak yang katanya nak buat konvoi nih. kat muar... pastu ingat nak gi segamat... tapi member aku kata dari muar nak ke segamat... jauh... so aku amik keputusan gi Yong Peng jer. pada yang lain2 tu aku mintak maaf pasal tak sempat nak datang raya umah korang. bukannya apa.. sampai Yong Peng pun dah petang. kluar dari situ dah pkul 6 lebih dah. bukannya takleh nak balik mlm... biasa la... bila dah jumpa kengkawan. tak jumpa baru 3 bulan tapi berborak macam 6 tahun dah tak jumpa. heheheh.... pada kengkawan lain pun aku mintak maaf pasal tak gi umah korang. hehehe... nanti korang kawin... aku datang la..

biasa la kan...

Tuesday, November 02, 2004


Me and Only Me.
By Me!

What a wonderful morning

hey blog... dah beberapa hari rasanya dah tak tulis kat sini. setiap kali nak tulis.. ada jer keje nak kena buat. sampaikan terlupa nak tulis blog. ish ish ish... ada kah itu namanya aku komited dengan keje aku? ada aku skang nih dah ada komitmen? komitmen terhadap keje2 yang ditugaskan kepada aku. ermm... mungkin jugak.
last aku tulis kat sini.. ari Khamis minggu lepas. siap refer balik pada blog aku yang lepas. hehehe... ooo.. patut la tak sempat aku nak tulis... jumaat tu aku sibuk2 siapkan keje pasal ada invitation pegi berbuka puasa kat Riviera Hotel. ada satu supplier sudah ajak sama aku punya kompeni nih. sebenarnya.. aku tak termasuk pun dalam list... nih sumer pasal Asst Qs aku la yang ajak. dia kata wife dia tak nak pegi... so.. as a replacement.. dia ajak aku. dia memula ingat nak ajak budak despatch aku. tapi memandangkan umah dia jauh... dan dia pun hanya naik moto. kesian plak dia tgk. last2 dia ajak aku... yang aku heran dan barankan... punya la banyak keje aku buat.. aku tak termasuk dalam list.. sedangkan bahagian akaun ngan kontrak di ajak sumer.. mentang2 la aku nih cuma pembantu teknikal. bila nak guna.. baru cari aku.. kalau tak.. duduk la aku sorang2 kat sini. ntah la... bukan la aku kecik ati ke hapa... cuma panas jer hati nih..

pastu.. ingatkan nak sambung tulis blog nih ari sabtu. alih2 aku dapat tau... geng2 organizer untuk family day aku aritu nak buat berbuka puasa jugak. buat kat Century Hotel kat area Mahkota Parade tu. dah orang ajak makan free.. join jer.. aku sampai2 kat sana.. ngam2 jer dalam 5 min lagi nak berbuka puasa. kira ok la.. takde la jenuh nak menunggu. pegi kat receptionist... cek2 nama kitaorang.. alih2 takde. argh.. sudah.. camner nak buat nih. waktu berbuka puasa tinggal lebih kurang 3 min lagi. abih tu.. dah bayar... nama plak takde.. kena la duk kat meja belakang skali.. mak uih.. jauh nya nak amik makanan yang best2. bukan la kat area kitaorang duduk tu tak best makanan dia.. kira ok jugak la. ada satay, ikan bakar, aiskrim, steam boat. dan macam2 lagi la. tapi tak puas hati sangat macam kat Riviera tu. pasal orang.. mak uih.. ramai btul.. di tambah plak ada function perkahwinan pasangan Cina.. lagi la ramai orang. kalau kat Riviera tu.. mmg best la.. orang pun tak ramai. makanan pun ok.. meja dekat ngan makanan... muahaha.. lepas jer berbuka... supplier rempeyek raya aku pun sampai kat melaka. heheh.. buat niaga skit untuk raya nih... bole la tambah duit poket. supplier aku tunggu kat tol ayer keroh. lebih kurang setengah jam jugak la dari Century tu nak ke tol. dah la keta banyak lak tu. lebih2 lagi kat area Jusco. jem tak agak2. maklum la... malam minggu.. sumer pakat2 kluar membeli belah. aku jugak yang tak beli apa2 lagi. sampai jer kat area tol tu... ingatkan tak makan byk space la dalam keta aku.. rerupanya.. belakang, tempat duduk... sumer penuh. nasib baik aku gi sorang jer. kalau berteman.. jawabnya... duk atas bumbung la. muahahah...

ari ahad.. takde ke mana2 pun.. just pegi bazaar ramadhan kat peringgit. kira lebih kurang dalam 20 min perjalanan. bukannya apa.. bazaar ramadhan kat jasin tu.. macam tak menarik jer. bukan la tak bangga ada bazaar ramadhan kat tempat sendiri. tapi tu la.. orang yang jual tu.. sekadar nak jual.. tak mementingkan sedap ker tak sedap. bukan aku nak kutuk tapi tu la realiti nya.

ari isnin... semalam.. macam biasa... buat keje yang diberikan.. hehehe.. sesambil chatting kat Yahoo Mesengger. dan sambil2 tu jugak kena kluar, antar surat. pasal despatch aku MC. sian dia... balik umah kena ujan jer.. mana tak demam. tapi takpe.. pasal aku dah biasa dah antar2 surat nih. balik dari antar surat.. sambung keje ngan chatting. hehehe.. sambil keje sambil ngulor.. hahahahaha... nih blaja sendri nih.. takde orang ajar. lagipun ada access internet. rugi tak guna. ditambah plak berchatting pasal life. menjadi2 la chatting aku. muahahha...

Thursday, October 28, 2004

You are what You Are

elo blog..
2 ari yang lepas, macam-macam keje nak kena siapkan. report untuk site meeting, tender yang nak dihantar. tak sempat nak update. tapi sempat jugak berchatting. ala.. sesambil tu bole ler. tensen buat keje... ada gak tempat nak ilangkan tensen nih. well.. report untuk site meeting, aku berjaya setelkan dalam satu hari jer. selalu nya.. seminggu blom tentu siap. selalunya nak kena tunggu Engineer datang pasal dia yang tau pasal peratusan kerja yang dah siap kat site. kali nih.. sesuka hati aku jer update peratusan tu. hahahahaha... terasa cam engineer lak. ala.. lagipun projek nih dah nak siap.. so peratusan dia tinggal skit jer. Engineer tu pun bagi aku update sendiri. dia kata " ko pegi la tengok kat site sendiri. kalau tak tau, tanya Abang Zali". Abg Zali merupakan Site Supervisor projek nih. so kiranya... mmg dia duk kat site tu dari mula.. sampai la skang nih. so.. apa2 hal.. dia mesti tau. so.. aku pegi la pagi semalam. sambil aku tanya pasal peratusan tu, sambil aku ambil gambar bangunan untuk aku lampirkan dalam report site meeting tu. sesambil tu dapat jugak mengulor... heheheh... bulan2 pose nih.. jadi nates plak..
lepas dah dapat peratusan keje tu... aku kena update dalam Microsoft Project plak. pasal work programme projek nih guna Microsoft Project. kalau pakai Excel tu senang skit keje aku. tapi kalau pakai Project nih lagi senang. masuk jer peratusan, dia dah kira peratusan terkumpul. jadi.. dah dapat Overall Percent. aku kira2.. dah dekat 96% dah siap projek kompeni aku nih. kira on time jugak. pasal tarikh serah tapak bulan Disember nanti. kira sekarang pun dan tinggal nak touch-up mana2 yang tak senonoh rupanya. hehehe
ari nih, aku kena taip balik Pelan Kualiti Projek. memula ingatkan nipis jer. skali aku dapat dokumen tu... bole ilang la fungsi jari nih kalau terus menerus menaip. hahahahah.. faham2 jer la... tebal la tu maknanya. dah la banyak jenis borang dalam tu nak kena buat balik.. uish...
skang nih musim ujan... asal petang je ujan.. tapi tak slalu la.. kadang2, 2-3 ari ujan... sehari tak ujan... biasala tu... mungkin kita Raya pun dalam musim ujan. aritu.. kena plak aku bawak skuter aku... ingatkan petang tak ujan.. sebab dari pagi smpi tengahari, kejap2 mendung, pastu cerah.. so.. confident la tak ujan. alih2... time dah nak balik tu... baru jer sarung sweater... ujan turun lebat... siap angin bertiup kencang... tapi takde la sekencang Ribut Ivan tu. tergamam aku kejap... camner plak nak balik nih. skuter plak dah modified skit2 kat Air Filter. konfirm masuk air kalau aku redah jugak. last2 aku tunggu kat opis nih.. adalah dalam setengah jam ujan lebat. bajet2 tak turun lagi nih... aku pun redah la .. nasib baik tak ujan balik. kalau tak... tak tau la aku... tapi... nak sampai umah tu dekat 45 minit jugak la. yela... jalan masih lagi basah.. air terpercik2 kat enjin ngan Air Filter aku tu.. semput jugak jadi nya skuter aku... tu yang aku bawak slow giler... adalah dalam 20 km/j. orang berlari pun lagi laju. hahahahaha...
mungkin lepas musim ujan nih. baru bawak skuter balik la gi opis. nasib baik la ada keta... kesian jugak aku pada yang bawak moto nih. panas terik, ujan... aku dulu dah kena camtu... so aku tau la perasaan diorang. maklum la.. dulu mampu guna skuter jer. :)