What a wonderful morning
hey blog... dah beberapa hari rasanya dah tak tulis kat sini. setiap kali nak tulis.. ada jer keje nak kena buat. sampaikan terlupa nak tulis blog. ish ish ish... ada kah itu namanya aku komited dengan keje aku? ada aku skang nih dah ada komitmen? komitmen terhadap keje2 yang ditugaskan kepada aku. ermm... mungkin jugak.
last aku tulis kat sini.. ari Khamis minggu lepas. siap refer balik pada blog aku yang lepas. hehehe... ooo.. patut la tak sempat aku nak tulis... jumaat tu aku sibuk2 siapkan keje pasal ada invitation pegi berbuka puasa kat Riviera Hotel. ada satu supplier sudah ajak sama aku punya kompeni nih. sebenarnya.. aku tak termasuk pun dalam list... nih sumer pasal Asst Qs aku la yang ajak. dia kata wife dia tak nak pegi... so.. as a replacement.. dia ajak aku. dia memula ingat nak ajak budak despatch aku. tapi memandangkan umah dia jauh... dan dia pun hanya naik moto. kesian plak dia tgk. last2 dia ajak aku... yang aku heran dan barankan... punya la banyak keje aku buat.. aku tak termasuk dalam list.. sedangkan bahagian akaun ngan kontrak di ajak sumer.. mentang2 la aku nih cuma pembantu teknikal. bila nak guna.. baru cari aku.. kalau tak.. duduk la aku sorang2 kat sini. ntah la... bukan la aku kecik ati ke hapa... cuma panas jer hati nih..
pastu.. ingatkan nak sambung tulis blog nih ari sabtu. alih2 aku dapat tau... geng2 organizer untuk family day aku aritu nak buat berbuka puasa jugak. buat kat Century Hotel kat area Mahkota Parade tu. dah orang ajak makan free.. join jer.. aku sampai2 kat sana.. ngam2 jer dalam 5 min lagi nak berbuka puasa. kira ok la.. takde la jenuh nak menunggu. pegi kat receptionist... cek2 nama kitaorang.. alih2 takde. argh.. sudah.. camner nak buat nih. waktu berbuka puasa tinggal lebih kurang 3 min lagi. abih tu.. dah bayar... nama plak takde.. kena la duk kat meja belakang skali.. mak uih.. jauh nya nak amik makanan yang best2. bukan la kat area kitaorang duduk tu tak best makanan dia.. kira ok jugak la. ada satay, ikan bakar, aiskrim, steam boat. dan macam2 lagi la. tapi tak puas hati sangat macam kat Riviera tu. pasal orang.. mak uih.. ramai btul.. di tambah plak ada function perkahwinan pasangan Cina.. lagi la ramai orang. kalau kat Riviera tu.. mmg best la.. orang pun tak ramai. makanan pun ok.. meja dekat ngan makanan... muahaha.. lepas jer berbuka... supplier rempeyek raya aku pun sampai kat melaka. heheh.. buat niaga skit untuk raya nih... bole la tambah duit poket. supplier aku tunggu kat tol ayer keroh. lebih kurang setengah jam jugak la dari Century tu nak ke tol. dah la keta banyak lak tu. lebih2 lagi kat area Jusco. jem tak agak2. maklum la... malam minggu.. sumer pakat2 kluar membeli belah. aku jugak yang tak beli apa2 lagi. sampai jer kat area tol tu... ingatkan tak makan byk space la dalam keta aku.. rerupanya.. belakang, tempat duduk... sumer penuh. nasib baik aku gi sorang jer. kalau berteman.. jawabnya... duk atas bumbung la. muahahah...
ari ahad.. takde ke mana2 pun.. just pegi bazaar ramadhan kat peringgit. kira lebih kurang dalam 20 min perjalanan. bukannya apa.. bazaar ramadhan kat jasin tu.. macam tak menarik jer. bukan la tak bangga ada bazaar ramadhan kat tempat sendiri. tapi tu la.. orang yang jual tu.. sekadar nak jual.. tak mementingkan sedap ker tak sedap. bukan aku nak kutuk tapi tu la realiti nya.
ari isnin... semalam.. macam biasa... buat keje yang diberikan.. hehehe.. sesambil chatting kat Yahoo Mesengger. dan sambil2 tu jugak kena kluar, antar surat. pasal despatch aku MC. sian dia... balik umah kena ujan jer.. mana tak demam. tapi takpe.. pasal aku dah biasa dah antar2 surat nih. balik dari antar surat.. sambung keje ngan chatting. hehehe.. sambil keje sambil ngulor.. hahahahaha... nih blaja sendri nih.. takde orang ajar. lagipun ada access internet. rugi tak guna. ditambah plak berchatting pasal life. menjadi2 la chatting aku. muahahha...


0 Comments:
Post a Comment
<< Home