Thursday, December 02, 2004

Life Goes On

semalam macam nak gila buat keje. bayangkan... 3 keje kena buat dalam satu masa. mana nak buat report lagi, nak buat list untuk company profile lagi, mana nak siapkan work programme lagi.. macam nak pecah kepala semalam. dah la QS ngan assist dia takde... aku plak amik alih keje diorang. yang diorang tau... report nak kena siap.. pasal ari nih ada meeting kat site. yang lain kat opis bole tgk jer... pasal pe? pasal aku sorang jer yang tau nak buat camner. mintak tolong diorang pun... mintak yang simple2 jer. tu pun nasib baik diorang tolong. kalau tak.. tak tau la...

ari nih ada satu mamat nih marah2 aku dalam YM. ingatkan sapa.. rerupanya.. boyfren member aku. apa yang dia ingat aku nak buat.. aku tak tau la. aku ngan member aku nih skoolmate... ermm.. ntah la... dah dua kali dah aku kena macam nih. berkawan ngan orang yang dah bercouple. susah jugak. maca yang dulu tu... siap kena sound lagi. jangan berhubung la... jangan jumpa la... nak misscall pun takleh. pergh... aku tak kisah pun... pasal aku tak nak jadi penyebab kalau diorang break ke hapa. tapi ada jugak member aku ngan couple dia yang ok ngan aku. takde masalah pun. aku tau limitkan had aku sebagai kawan. tapi.. macam-macam orang... macam-macam la ragamnya. dan ini la yang mengajar aku tentang manusia dan dunia nih. yang ternyata mmg macam2 perangainya.

ari nih bosan giler... ramai mmg ramai member yang online kat YM... tapi macam takde idea plak nak borak pasal apa. karang tegur skit pastu senyap.. tak best langsung.

bulan nih cukup byk aktiviti nak buat time2 weekend. macam minggu nih.. 4hb ada member aku buat open house. 5hb plak opismate aku kawin. pastu 11hb.. dormmate aku kawin. siap tepon pasal nak ajak ke umah. kalau pengantin sendiri dah ajak.. kena la pegi. then the next week maybe nak buat family trip ke umah pak ngah aku kat kedah. then 25hb sorang lagi opismate aku kawin. tu sumer nak kena pegi tu. yela... nanti time aku plak... takde plak yang datang. hehehe... tapi time aku tu tak tau lagi la biler.. tunggu jer la kad jemputan. then.. rasanya 31 nak gi KL.. tengok orang sambut new year. selama nih tgk kat tv jer. nak jugak rasa live experience tgk orang sambut new year nih camner. hehehe.

baru tadi aku dapat tau... member satu batch aku nak kawin jugak 5hb nih.tapi tak dapat pun jemputan dia. takpe la.. maybe dia sibuk menguruskan hal2 yang berkaitan nga majlis dia. apa yang bole aku buat... doakan kebahagiaan dia. kebahagiaan aku? asalkan kengkawan bahagia... aku pun tumpang sama. nak jugak cari kebahagiaan untuk aku.. tapi sampai la nih.. tak jumpa2 jugak. tapi aku tau... jodoh, rezeki, pertemuan, perpisahan, maut, ajal sumer di tangan Allah. aku tetap berusaha untuk mencari dan di akhir pencarian aku tu.. aku bertawakkal kepada-Nya. insya-Allah.. akan ada yang sesuai ngan aku nih. yang bole terima aku seadanya. dan aku insya-Allah bole terima seadanya. hehehe...

ntah la.. kalau nak pk2kan hal nih.. sampai bebila pun tak abih.. kesimpulannya... aku stop kat sini dulu la ... heheh

0 Comments:

Post a Comment

<< Home